My Photo
Epelijau
insan biasa penuh ujian dan dugaan hidup
View my complete profile

Sunday, July 12, 2009

Kali pertama

Inilah kali pertama saya menaiki pesawat AA. Alhamdulillah, berbaloi dengan harga yang dibayar. Tambahan pula, tiada lagi tempat duduk terbuka seperti dahulu.

Saya ke pulau lagenda ini kerana mengikuti seminar dan menghantar pembentangan dalam bentuk poster. Saya menumpang KMiza untuk penginapan, maklumlah, student. Hihihi..

Oh ye! Kali terakhir saya sampai ke sini adalah 8 tahun yang lalu selepas tamat pengajian di USM. Lama sungguh saya tidak menjejakkan kaki di sini. Berbaloi juga. Pengisian ilmu yang diperolehi juga amat menggembirakan hati saya. Saya berdoa semoga saya juga akan mencapai tahap seperti para saintis ternama dari seluruh dunia. Mereka amat bagus kerana lontaran hasil penyelidikan mereka membuatkan saya merasakan ianya mudah. Subhanallah..kagum sungguh saya. Doakan saya juga akan menjadi seperti mereka.

Penginapan memang sangat menarik. Ianya adalah pusat peranginan dalam taman berkonsepkan fusion traditional. Tenang dan nyaman sahaja walaupun kami terpaksa berjalan kaki agak jauh dari bilik ke tempat seminar...tidaklah saya merasa bersalah sangat kerana tidak begitu menjaga diet. Hahahaha...

Majlis jamuan makan mala gala diadakan sebentar tadi. Seronok juga kerana pelayan yang menghidangkan makanan untuk kami sangat peramah dan baik hati.

Ada lagi kejutan.

Syukur Alhamdulillah. :) Moga ianya menambahkan semangat saya untuk bekerja dan menyiapkan penyelidikan saya ini. Doakan saya ye!

Friday, July 03, 2009

Serangan panik

1. Saya dilanda panik. Jangan tanya mengapa (macamlah ada orang ingin mengetahui). Cuma yang pastinya, adrenalin saya keluar ikut suka hati sendiri. Bayangkan ketika sedang makan nasi tengahari tadi yang lauk dan nasinya Aini yang berikan saya boleh berpeluh-peluh dan berdebar-debar. Serasa ingin berlari naik ke makmal dan duduk menaip perkataan-perkataan di dalam dokumen word yang belum siap itu sehingga selesai tanpa mahu memikirkan untuk balik rumah dan tidur ayam sahaja di depan komputer riba ini. AAAAAAAAaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!!!!!!!!!!!2. Saya menjadi sangat 'visualistik'. Contoh: Peristiwa ini berlaku petang tadi apabila Dayah bertanya kepada Aini cara-cara mengisi air bateri kereta. Spontan saya ketawa kerana terbayang di fikiran saya Dayah meletakkan penyedut minuman di dalam botol air bateri dan menyuakannya kepada bateri kereta untuk disedut air bateri tersebut.

3. Saya tiba-tiba mengajak semua orang untuk pergi minum kopi pada pukul 3.30 petang di saat hanya saya, Aini dan Sipasonic tidak berpuasa pada hari ini. Mujur tidak dibaling dengan pemegang sample DSC ataupun lebih hebat lagi dengan penutup gas nitrogen yang berupa besi padu berbentuk suppositori atau dimasukkan ke dalam oven pada suhu 260 darjah 5 orkid itu kelas saya pada tahun 1988...ermm..maksud saya darjah selsius. Saya insaf akhirnya setelah selesai makan roti bakar dan minum kopi C di kedai kopi yang namanya dirahsiakan supaya apabila sifu pulang dari Eropah nanti, tiada siapa boleh memberitahu dia yang saya mempengaruhi semua orang untuk ke kedai kopi dan makan roti kaya yang sedap itu pada saat mereka sedang bertungkus-lumus menyiapkan eksperimen.4.Otak saya sedang sangat aktif dan tidak mahu berhenti berfikir walaupun saya sudah padamkan lampu dan cuba berbaring sambil melelapkan mata di samping suami yang sudah lena dan mungkin dalam perjalanan pulang dari bercuti di tepi pantai dalam mimpi indahnya. Saya pula, setelah lama menanti mimpi indah yang tersekat di jalan yang sedang sesak teruk entah di negeri antah berantah yang mana satu agaknya, saya akhirnya bangun dan menaip entri ini selepas melakukan beberapa perkara untuk mencari ketenangan.
Kenapa dengan saya ini? Saya mahu tidur!! Owhhh!! Saya tahu mengapa...sila rujuk perenggan yang ada nombor 3 dihadapannya...ayat yang sangat bermakna sehingga saya rasa sebak dan sayu menulisnya..Sifu pulang dari Eropah...yaaa...saya panik kerana kerja saya belum siap...hahahaha.....belasah juga si epel ni nanti. Dah..gi siapkan penulisan itu! Pergi!!

Tuesday, June 30, 2009

Al Fatihah

Petang semalam, kami di fakulti dikejutkan dengan berita pemergian abadi seorang pelajar tahun 2 akibat kemalangan jalan raya. Kemalangan itu difahamkan berlaku di jalan Shah Alam- Puncak alam dan melibatkan beberapa buah kenderaan termasuk sebuah lori. Allahyarham adalah salah seorang pelajar kelompok pertama diploma di bawah bimbingan saya. Kini hanya kenangan yang tinggal dan moga keluarganya bersabar dengan musibah ini. Allahyarham merupakan anak tunggal. Ibunya masih dirawat di HTAR, Klang dan baru dipindahkan dari wad rawatan rapi. Semoga Allah merahmati roh allahyarham dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan beramal soleh.

Al Fatihah buat Allahyarham Ahmad Asyraf Sulaiman.

Pagi tadi, semasa dalam perjalanan untuk menziarahi jenazah allahyarham di surau seksyen 8, saya dan 3 orang rakan sekerja bertembung dengan kemalangan jalan raya yang melibatkan motorsikal di pintu masuk seksyen 7. Seorang gadis tertiarap di permukaan jalan raya dan mengerang kesakitan. Atas dasar tanggungjawab sesama insan, kami telah cuba membantu untuk menenangkan mangsa tersebut. Kami tidak cuba untuk mengalihkan mangsa kerana berlaku pendarahan yang agak banyak. Panik juga melihat kejadian sebegini di hadapan mata. Mujur ada seorang pensyarah perubatan yang juga turun dari kenderaannya untuk membantu dan memeriksa mangsa yang masih sedar sebelum mangsa di bawa ke pusat kesihatan.

Tips ringkas:
Jika berlaku kemalangan, jangan alihkan mangsa terutama jika mangsa tidak sedar dan tidak berupaya bergerak sendiri. Cuba untuk lencongkan laluan kenderaan lain. Jangan juga hanya mengambil gambar dengan telefon bimbit sama ada untuk dimuatkan di dalam blog atau untuk diforwardkan ke email ataupun untuk koleksi peribadi ye. Bantulah mangsa dengan menenangkannya tanpa mengalihkan kedudukan mangsa. Hubungilah ambulans/polis/bomba dengan kadar segera.


Sunday, June 28, 2009

Biru pula


Terkedu diriku tika kekanda bersuara
Tahun ini baju melayu dipinta
Tak perlu kupujuk rayu seperti biasa
Mimpi apa pula agaknya ya
Selaku zaujah solehah dan comel pula
Aku iakan sahaja sambil mulut pantas mengeluarkan suara
"Beli sedondon ek yang...tak pernah kita pakai baju sama di musim raya" walaupun sebenarnya baju raya dah ada 3 pasang dan hijau semuanya . Hahahahaha

Bagus sungguh suamiku sayang
Diizinkan pula membeli belah di kedai bersama rakan dan disediakan pula kad touch n go buat tambang
Sakan memilih kain berjenis-jenis buat mataku jadi rambang
Bukan sahaja untuk kami suami isteri tapi juga menjadi tukang beli untuk sahabatku yang sibuk bekerja malam dan siang
4 pasang aku tolong belikan buat tuan punya badan yang banyak duit tapi masa berpoya-poyanya kurang

Akhirnya..selepas puas bertolak ansur dengan perasaan sendiri
Mengalah juga dengan pilihan mata hati
Untuk membeli warna pilihan dan kegemaran sang suami
Warna birulah tema raya kami musim ini walaupun meraung di dalam hati

Baju raya dah sedia...bulan Rejab sedang bertamu mata
Puasa dah gantikan ke atau masih bertangguh tunda
Hilang Rejab nanti Syaaban pula menjelma
Pesanan untuk diri sendiri dan juga sahabat semua
Jangan baju raya sahaja di siap sedia
Amalan puasa sunat dan gerak gempur ibadat janganlah pula leka
Kerana yang wajibnya ibadat pada Yang Maha Esa
Baju raya tidak lengkap pun tidak mengapa
Rasul SAW bersabda, yang pentingnya bersih sedondon nabi kita tak ajar wahai epel yang bulat bentuk wajahnya...huhuh...terkena batung hidungku pula..
Moga tahun ini menjadi lebih baik dari tahun sebelumnya.

Sepasang Cermin Mata



Sepasang cermin mata
Buat pengganti yang sudah berusia dan sudah kabur melihat jalanraya dan membaca
Hadiah dari suami tercinta sempena dapat bonus dari syarikat yang berkira..oopss...itu rezekikan namanya
Dapat juga warna idaman walaupun tidak banyak pilihannya
Kata si optometris pemilik kedai di seberang jalan sana
Dalam 100 pengguna cermin mata, hanya 2 yang meminta
Aku ketawa gembira
Itulah tandanya
Warna itu seekslusif tuannya
Siapa tak suka jangan berkata apa-apa
Hijau tetap pilihan jiwa dan raga
Tidur lena bersulam senyum seperti berjaga
Terima kasih kekanda
Moga kerja dengan lebih tekun dan KPI tercapai dengan jayanya
Tahun depan bolehlah belikan dinda gelang jade pula...maklumlah..kan warna hijau juga...
Hahahahahahah.....

Wednesday, June 24, 2009

Kek


Cerita kek sekali lagi.
Minggu lepas kami meraikan Aini yang menyambut ulangtahun kelahiran ke 25. Ianya merapatkan hubungan kami dan membuatkan fikiran yang tepu saban hari agak bebas gembira seketika.
Semoga Aini dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan yang baik dan juga cepat bertemu jodoh ibu Aini ingin melihatnya anaknya menjadi zaujah orang secepat mungkin..sesiapa berminat?. Hihihihi.....

Tuesday, June 16, 2009

Akhir

Setelah hampir 2 tahun tidak membentangkan kertas kerja secara oral, saya melakukannya minggu lepas. Saya dan 3 orang lagi ahli makmal telah ke Pulau Pinang untuk tujuan tersebut. Sifu berlepas ke Perancis dan Itali dengan tujuan yang sama seminggu sebelum itu. Kami tidak sempat berlatih di depan sifu seperti yang dimintanya sejak awal dan ianya menambah kegusaran lebih-lebih lagi saya kerana kertas kerja penuh saya juga masih dalam proses. Di Penang, saya menjadi sangat teruja almaklumlah saya ini ibarat sirih pulang ke gagang. Hahaha..sangat teruja sehinggakan tiba pada hari pertama saya telah memandu keliling USM dan menunjukkan itu dan ini kepada ahli kereta yang lain. Saya tidak peduli sama ada mereka teruja seperti saya atau tidak..yang pentingnya saya melepaskan rindu di kampus USM, tempat saya jatuh bangun sehinggalah bergelar graduan 8 tahun yang lalu. Pantas sungguh masa berlalu.
Persidangan berlangsung selama 3 hari dan saya serta Shima menjadi pembentang di hari terakhir. Aduhai...seksanya jiwa raga. Setiap malam slaid saya berubah susun aturnya. Saya agak tenang kerana sifu menelefon dari Perancis untuk berbincang beberapa lagi maklumat tambahan sehari sebelum giliran saya. Soalan maut pun ada tetapi saya belasah je merepek menjawab telah cuba menjawab dengan baik dan berhemah. Hihihihi
Saya juga bertemu dengan kawan-kawan lama dengan soalan wajib mereka berbunyi seperti berikut.."haaa...dah berapa orang anak?..."
Saya menjawab dengan nada yang hampir sama teruja dengan mereka dengan ayat standad berikut..."haa...belum ada lagi.." Hihihi....Sahabat rapat saya, Che Mah datang dari KB hanya untuk bertemu saya dan sahabat-sahabat lain...merasalah kami outing ke Queensbay Mall yang tidak pernah kami jejaki sebelum ini kerana 8 tahun yang lalu ianya belum siap lagi...hihihi...Saya juga sempat memandu ke Batu Maung untuk menikmati hidangan kari kepala ikan yang sangat enak...sila lihat gambar berikut..Restoran Pan Mutiara...sangat enak masakannya...dan harganya juga berpatutan. Mampu milik istilahnya...hihihi...Alhamdulillah dapat juga saya membentangkan hasil penyelidikan, berjumpa sahabat lama, menambah ilmu di dada dan menziarahi angah sekeluarga. Semoga saya akan lebih yakin untuk present paper selepas ini.
p/s: Terima kasih buat suami tersayang yang dengan baik hati tidak bersungut langsung tinggal seorang selama 5 hari 4 malam. Hihihi..more to come yang.. :)

Berkumpul

Semasa kecil, saya selalu merasakan seronoknya apabila sendirian di rumah kerana perhatian mak tentu lebih kepada saya. Tambahan pula, satu-satunya bilik untuk tempat menyalin baju di rumah kami (hanya ada 2 bilik, 1 untuk mak dan arwah apak dan sebuah lagi untuk kegunaan umum) akan menjadi hak mutlak saya. Bahagianya apabila dapat berangan-angan mempunyai bilik sendiri siap dengan meja belajar seperti yang saya tonton di kaca televisyen. Itu dulu.
Selepas arwah apak bersara, mak dan arwah 'menurunkan' rumah kampung kami dari rumah yang mempunyai tingkat atas (untuk bilik dan ruang tamu) serta tingkat bawah untuk dapur dan bilik air kepada hanya 1 tingkat sahaja. Tiada lagi ruang bawah rumah untuk disapu. Bilik tidur dari hanya 2 telah menjadi 5 buah dan bilik air beserta tandas telah disediakan di dalam rumah meningkat kepada 3. Ianya menjadi lebih besar kerana emak sudah tidak menyewakan rumah sebelah yang bercantum di dapur dahulu dan dinding pemisah sudah dipecahkan. Awalnya dahulu, tandas terletak di luar rumah dan sakit perut untuk qada hajat pada waktu malam apatah lagi tengah malam adalah sangat-sangat tidak disenangi.
Setelah dewasa dan mempunyai keluarga sendiri, masa berkumpul bersama keluarga adalah sesuatu yang sangat dinanti. Yang menjadi penentu untuk berkumpul adalah kepulangan kaklang yang menetap di KB ataupun angah yang bermastautin di Nibong Tebal. Pulangnya mereka kadangkala akan menyebabkan sambutan hari lahir diadakan serentak untuk semua yang lahir dari bulan Mei dan Jun contohnya ataupun apa-apa sahaja alasan untuk makan-makan. Pulang ke kampung sama ada ke Seremban ataupun Kuala Terengganu akan menyebabkan sistem penghadaman saya bermasalah. Banyak sangat aktiviti makannya....hihihi...Ianya kadangkala juga memeningkan kepala...di Seremban, keluarga besar kami terdiri daripada emak, kami bertujuh beradik, ipar berenam dan anak saudara....13 orang (9 lelaki dan 4 perempuan) serta seorang lagi di dalam kandungan (bukan kandungan saya...tetapi kandungan adik ipar saya yang bongsu). Bayangkan apabila 9 anggota laskar pelangi (2 orang anak saudara lelaki dan 2 orang anak saudara perempuan sudah melebihi umur baligh) bersetuju untuk bermain perang-perang. Aduhai....gamat jadinya. Kakcik saya mengajar kami untuk melakukan selective hearing bagi mengelakkan tekanan perasaan dengan pelbagai bunyi yang dikeluarkan mereka. Namun saya gembira. Ianya sesuatu yang kadangkala saya rindui. Di kampung suami, ianya berlainan, suami hanya 2 beradik dan abang sulung suami saya mempunyai 5 orang anak yang semuanya sudah baligh. Apabila pulang ke kampung suami, suasananya aman dan tenteram. Hihihi...tentu suami saya pening bersangatan apabila pulang ke Seremban. Itulah perkahwinan bukan...mengadaptasi bukan sahaja dengan pasangan kita tetapi dengan pakej yang dibawanya sekali iaitu keluarga. Semoga kita semua berbahagia dan bersyukur dengan apa yang kita miliki.